Khamis, 29 November 2012


JALAN-JALAN DI LANGKAWI




Ketika berada di menara Cable Car Langkawi

Rabu, 21 November 2012

CARA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN ANDA

22 Oktober 2012, Ahad
MEMULAKAN PERNIAGAAN BARU
Setelah menggunakannya selama 2 minggu ternyata berkesan....Baru lah berani untuk promote dengan oarang lain.....Terima kasih pada rakan di pejabat dan adik-beradik kerana memberi sokongan.....serta membeli produk berkenaan...
di bawah ini adalah produk tersebut.....sesiapa ingin membeli......sila hubungi saya Pn Rosnah binti Samsuddin No HP 012-7814218...



Isnin, 3 September 2012




inilah keluarga bahagia :) 
suami yg tersayang azua bin abu bakar .
anak sulung nurul nazurah aqilah .
anak ke due nurnazurah afiqah .
anak ketige muhammad afiq .
anak keempat nur nazurah arifah .
anak bongsu muhammad aisy aqil .
raya di melake nyalas and tanjung minyak .
anak-anak happy sangat , raye merdeka . . 
jumpeee sepupu sepapat di melake .

dulu raye empat org anak skrg dah bertambah .
alhamdullilah :D 
balik raya je , singgah jap kubur arwah tersayang :'(
sedekah kan al-fatiha .
tenguk gambar kat atas tuu . 
cube teka rumah sape ? ? ? ? 
mesti laa rumah arwah bapa mertua ku ,
rinduu time dia ade bersame cucu-cucu nyee .
gelak tawe tak pernah dilupakan .
semoga arwah diletakkan tempat org-org yg beriman .
aminnnnnn :)



kenangan indah di melake . 
harap tahun depan raya mcm nih jugak .
memang sronok . . . 
pergi pusing-pusing di melake :) 
anak-anak sedare terlalu seronok sehingga kan terlupe makan , mandi 
heeeeee budak kecil lagi mesti tahu ingat main je kan ? ? 
alhamdullilah dapat raya di melaka :))

Ahad, 22 Julai 2012


Nabi SAW bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi SAW bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi SAW bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Nabi SAW bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi SAW bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)

Nabi SAW bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)

Nabi SAW bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Salam Ramadhan...

Ahad, 8 Julai 2012

                                                                                                       
         
FAMILY DAYS DUTA TEKSI KPMNJ


  


time nih FAMILY DAY :D happy sangat .
family day at ramunia beach resort .
sronok tengok anak-anak happy .
ini konvoi teksI suami ku .
QPR family .
pakaian paling cantik and kemas .
korang ade mcm gini .
lau takde pergi buat sana .
mesti seronok and meriah sangat .
time nih time cuti sekolah anak-anak .
semue comel-comel belaka .
rase mcam nak pergi lagi pon ade .
bile malam . nak pergi makan malam .
pehhhhhhhhhhhhhhh sedap sangat makanan dia .
ade ikan bakar , udang bakar , jagung bakar and 
banyak lagi lah :D 

#family day <3






Jumaat, 29 Jun 2012

AMALAN BULAN SYAABAN



Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?


Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.  

 Peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"


Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:


"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban.   Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak . Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.  Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya.  Oleh yang demikian, kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.
Akan tetapi, ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan tertentu pada malam nisfu syaaban seperti  bacaan Yasin, sebaliknya amalan tersebut  boleh diteruskan, namun   dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya.  Di samping itu, alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.


Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!

Khamis, 28 Jun 2012

Apa itu NUFFNANG?


Apa itu nuffang? Nuffnang adalah komuniti pengiklanan blog. Komuniti ini telah disertai lebih kurang 180,000 blogger. Setiap blogger yang menyertai akan meletakkan beberapa jenis banner iklan di blog masing-masing.
Apa yang menariknya pada nuffnang ini adalah kita akan dibayar mengikut pilihan kempen kita. Sama ada kita mahu ikut impression atau ikut klik. Biasanya blogger akan memilih untuk mengiklan mengikut jumlahimpression .
Saya sangat yakin warga blogger yang sudah masyi (otai) didalam dunia menjana pendapatan melalui internetini sudah pun mengenali apa itu nuffnang. Jadi, anggap sahaja pos saya buat untuk newbie yang baru berjinak-jinak dengan dunia buat duit melalui blog.
Saya akan kongsikan selepas-selepas ini pengalaman saya bersama nuffang dan tips untuk dapat BE daripada Nuffang.
Setakat ini dahulu. Saya tidak mahu panjang-panjang untuk mula-mula ni kerana banyak lagi yang saya ingin kongsikan selepas ini. Kalau nak sertai boleh tekan SINI

Ahad, 24 Jun 2012





haiii guyss , rosnah here :D
selamat ulang tahun anak ku yg ke-4 .
dah besar anak mak . . . name dia 
nur nazurah arifah :D
tngok banyak tak makanan ?
banyak kan ? kan ?
makan sedap jewk keluarge nyh . .
ayahnye blanje untuk ank dia .
ade baby kecik kan ? tngok cpat !
comel kan ? geram x dengan muke boyot dia tu .
nak jumpa ? meyh dtg rumah . 



Jumaat, 22 Jun 2012







haii :D update lagi kannnnnn ? tengok gambar tu .
family saya . so sweet kann ? ?
snap dekat taman merdeka jb .
jalan-jalan lagi :D ayahnye bawa anak-anak
and emaknye jalan-jalan . tengok 
keindahan dunia . seronok sangat bersame suami and
anak-anak <3 tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
jalan kat sini penat sebab besar sangat tempat nye .
selain tu panas . tapi naseb baik time nih kami dtg ptg . 
sejuk sikit . takde laa panas sangat . cume penat 
berjalan jewk . family nih memang kuat jalan . .
tak sah kalau tak jalan auw , auw . 
awk ade mcm saye ? ? ?
takde kann ? ? ? ?? ? ? 
so ? pergi laa sane jalan-jalan . . . . 
best ! rugi tak pergi :D









alhamdulilah anak saya nurnazurah afiqah 
dapat pangkat 2 :D happy sangat .
tengok anak amik sijil darjah khas . . 
maseh tunggu-tunggu time di kolej pulak . 
tak pee hanye perlu bersabar .
mudah-mudahan berjaya laa anak ku :)
umo anak saya baru 16 tahun .
sekolah taman universiti 2  . . . 
degil , tak denga kata . cerewet !
time nih sejuk mate tengok dia .
terharu pun ade . . tercapai impian dia nak amik konvo 
darjah khas <3
muke dia makin gelap . sebab dia nih aktif dengan sukan .
sebab tu malap jewk tengok  . . 
kalau jalan nombor satu nih !





HAI . family bahgia sedunia . ecehh perasan jep .
tengok gambar kat atas tu . semue comel-comel
belake mcm mak dia . hehehehe :)
itu semua anak-anak rosazua <3
nak tahu tak kawan-kawan kat mana nih ? ? 
nih dekat pungai pungai bayu beach resort .
seronok tengok anak-anak happy :D
time nih family day . . awk ade ? 
#jakon sekejap ! mane anak saya 
nombor empat ? ? ngah snap gambar nyh laa .
heeeeeeee anak bongsu ? ? 
opssssssss dalam perut tu . . .  hebat kan ?
mana-mana jalan langgar jewk . . 
ade saya kesah :)
time nih banyak sangat kenangan di pantai .
banyak aktiviti . mcm-mcm lagi laa .
tak percaye jum pergi ramai-ramai . 
gambar nih salah satu bukti untuk korang laa :D

loveyou my family ( ^ _ * )

Khamis, 21 Jun 2012


tibe di sini gembira sangat jejak kat singapore :D
rase macam tak percaye ponn ade :)
tapi takpee best sangat sampai tak terkata .
pergi sini dengan adek kesayangan saya .
awak ade ? heeeeeeee sajee .
jeles tak ? ?
time nih banyak sangat nak cube sampai 
taktahu nak cube mana satu dulu . 
terharu kata kannnnnnnn :D
tapi kesian kat anak-anak kat rumah .
tak dapat ikut . . takpee anak-anak pun dah biase 
jalan-jalan . kasik kat mak dia laa pulak kann ?
jangan maraaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)
suami kat rumah tolong jaga anak-II .

rinduuuuuuuuu dekat singapore <3

Isnin, 18 Jun 2012

Makan Malam di Restoran ZZ

Makan malam kat sini memang mengasyikkan....sedap pulak tu lagi-lagi mee rebus tulang...saat nie pun masih terasa sedapnye......

Ada rezeki nak gi sana lagi....